Cari @ Amanz

ASUS Chromebook Detachable CZ1 Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Kompanio 500

Link Copied!

Penggunaan Chromebook meningkat ketika pandemik kerana keperluan komputer mudah alih mampu milik untuk pembelajaran di rumah. Minggu ini ASUS Chromebook Detachable CZ1 telah dilancarkan dengan cip MediaTek Kompanio 500.

Komputer riba ini sebenarnya adalah sebuah tablet dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan apabila diperlukan. Ia dilengkapi skrin 10.1″ IPS LCD FHD dengan sokongan stylus, cip pemproses MediaTek Kompanio 500, memori sebesar 4GB RAM, storan sehingga 128GB dan bateri 27Wh yang mampu memberikan tempoh operasi sehingga 11 jam dengan sekali caj. Kamera utama adalah sebesar 8MP dan kamera swafoto pula sebesar 4MP.

Kelebihan CZ1 ialah ia tahan lasak kerana melepasi piawaian MIL-STD 810H yang membolehkan ia menyerap hentakan dari ketinggian 1.5 meter. Dengan tubuh bergetah, terdapat ruang mencukupi untuk menyimpan tylus secara terbina. Bagi membolehkan ia berdiri, sebuah tongkat telah disertakan pada panel belakang.

Pilihan I/O adalah 2x USB-C dan satu bicu audio 3.5mm. Sepasang speaker melengkapi spesifikasi Chromebook ini. Aksesori papan kekunci turut hadir dengan sebuah pad sesentuh untuk memudahkan penggunaannya sebagai sebuah komputer riba. Harga jualan masih belum diumumkan.


Komen ()