Amazon Dilaporkan Akan Membuka Gedung Serbeneka Fizikal Pula

Diterbitkan pada Ogos 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di Malaysia kita dapat melihat impak gedung atas talian ke atas kedai fizikal. Ketika wabak menyebabkan kedai fizikal terpaksa ditutup, pembelian atas talian naik mendadak sehingga sistem pos tidak mampu menampung keperluan yang tinggi. Amazon ialah gedung atas talian terbesar dunia dan kewujudan mereka sejak 1994 menyebabkan ribuan kedai fizikal ditutup. Tetapi menurut laporan Wall Street Journal, selepas berjaya menguasai perdagangan atas talian mereka kini merancang membuka gedung serbaneka fizikal.

Amazon

Gedung serbaneka ini akan menjual produk keluaran mereka dan produk-produk yang biasanya tidak dibeli pelanggan mereka secara atas talian. Strategi Amazon ialah membuka kedai dengan keluasan lantai 30,000 kaki persegi. Dengan data mengenai produk popular di tangan mereka, kandungan gedung akan berubah mengikut maklumat yang terkini.

Ini bukanlah usaha pertama Amazon untuk membuka kedai fizikal. Pasar raya Amazon Go telah dibuka sejak 2016 dengan sistem pembayaran yang tidak memerlukan pengguna beratur untuk membayar. Sensor mengesan apa yang diambil sebelum secara automatik mengenakan caj pada akaun pengguna secara automatik atau membayar menggunakan imbasan tapak tangan Amazon One sahaja.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami