Facebook Mengaktifkan Ciri Keselamatan Di Afghanistan Bagi Mengelakkan Pengguna Dijejak Taliban

Diterbitkan pada Ogos 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sudah hampir seminggu Afghanistan jatuh semula ke tangan Taliban. Dalam masa yang cukup singkap usaha 20 tahun Tentera Berikat untuk menghapuskan Taliban punah selepas mereka menarik diri. Akibatnya ribuan warga Afghanistan cuba melarikan kerana merasakan diri mereka tidak selamat kerana pernah bekerjasama dengan negara-negara yang kita dianggap sebagai musuh.

Facebook

Facebook semalam telah mengaktifkan ciri keselamatan untuk pengguna mereka yang berada di Afghanistan menurut ciapan yang dihantar oleh Nathaniel Gleicher yang merupakan ketua polisi keselamatan Facebook.. Apabila mengakses akaun, notifikasi untuk mengaktifkan ciri ini akan dipaparkan pada skrin. Dengan hanya satu klik akaun akan dikunci. Selepas dikunci akaun tidak boleh dicari oleh pengguna lain, susur masa tidak boleh dilihat dan gambar tidak boleh dimuat turun oleh mereka yang tidak merupakan rakan.

Kebolehan melihat senarai kawan juga tidak diaktifkan di Afghanistan untuk seketika. Ciri yang sama juga diaktifkan kepada pengguna Instagram di Afghanistan. Tindakan diambil bagi mengelakkan identiti pengguna dikesan oleh pihak Taliban yang kemudiannya dijadikan bukti untuk menghukum mereka.

Sehingga ke hari ini proses membawa keluar warga Afghanistan yang bekerja dengan kedutaan negara luar sedang berlaku. Kerana Afghanistan jatuh dengan terlalu pantas, ia menimbulkan panik dan dilakukan tanpa perancangan yang sempurna. Akhirnya telahpun dilaporkan peranti bioneteri HIIDE yang digunakan tentera Amerika untuk mengenal pasti identiti individu yang bekerjasama dengan mereka telahpun jatuh ke tangan Taliban.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami