Samsung Malaysia kini mengumumkan yang mana pra-tempahan untuk fasa pertama Galaxy Z Fold3 5G telah habis disambar pembeli, tetapi mereka masih menerima pra-tempahan untuk pembeli baru, dan meneruskan pemberian ganjaran pra-tempahan untuk mereka yang melakukan pra-tempahan telefon ini.
Samsung Malaysia mengatakan bermula 21 Ogos 2021, mereka yang melakukan pra-tempahan, akan menerimanya bermula 30 Oktober 2021 – atau lebih awal lagi.
Ini bermakna, bagi anda yang terlepas pra-tempahan, perlu nantikan sekitar dua bula lebih lagi untuk menerima set yang anda pra-tempah kelak – sekaligus memberikan petanda permintaan tinggi untuk telefon pintar boleh-lipat berkenaan.
Di Malaysia, Samsung Galaxy Z Fold3 5G yang hadir dengan rekaan boleh-lipat, dan sokongan S-Pen ini ditawarkan pada harga bermula RM6699.