Cari @ Amanz

DeviantArt Menggunakan Kecerdasan Buatan Mengesan NFT Yang Dihasilkan Dengan Karya Yang Dicuri

Link Copied!

Penjualan hasil seni dalam bentuk NFT melonjak kepopularannya selari dengan deman kriptowang yang berlaku di awal tahun ini. Artis menggunakan NFT untuk menjana pendapatan dengan ada karya seni digital berjaya dijual pada harga puluhan juta ringgit. Tetapi sudah berlaku insiden hasil seni digital telah diplagiat sebelum dijual sebagai NFT. Sebagai antara platform karya digital paling popular dunia, DeviantArt mengumumkan inisiatif bagi mengelakkan ini dari berlaku.

DeviantArt menggunakan kecerdasan buatan DeviantArt Protect yang digunakan oleh mereka untuk mengesan plagiarisme pada laman mereka sendiri selama ini. Cuma kali ini DeviantArt Protect membandingkan hasil seni digital di platform mereka dengan hasil seni yang diubah menjadi NFT di rantaian blok awam. Apabila penggunaan karya tanpa kebenaran dikesan, pengguna diberikan cara untuk menghubungi platform yang menjual NFT tersebut bagi mengambil tindakan.


Komen ()