PayPal Mengembangkan Sokongan Perkhidmatan Dompet Kriptowang Mereka Ke United Kingdom

Diterbitkan pada Ogos 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Matawang kripto ataupun kriptowang memperlihatkan penggunaan yang agak tinggi kebelakangan ini, khususnya kini apabila nilai Bitcoin melonjak kembali ke nilai setinggi RM200 ribu. Banyak syarikat-syarikat baru dibuka yang menawarkan perkhidmatan dompet kriptowang seperti Luno dan Binance.

PayPal, yang memperkenalkan perkhidmatan dompet kriptowang mereka di Amerika Syarikat pada tahun lepas baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka kini menawarkan perkhidmatan dompet kriptowang mereka di United Kingdom selain daripada Amerika Syarikat.

Menurut laporan CNBC, dompet kriptowang PayPal akan membolehkan pengguna di negara tersebut untuk membeli dan menyimpan kriptowang Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum dan Litecoin. Menariknya, apabila dompet-dompet lain memerlukan pengguna untuk membeli kriptowang ini dengan nilai minima, PayPal membenarkan pengguna mereka untuk membeli kriptowang ini pada harga £1 (~RM5.77) sahaja.

Dompet kriptowang PayPal ini juga membolehkan pengguna untuk menjejak harga semasa kriptowang-kriptowang ini, dan hadir dengan kandungan tambahan supaya mereka boleh mempelajari lebih lanjut tentang topik pelaburan kriptowang.

Ia tidak diketahui jika PayPal akan memperkenalkan perkhidmatan ini di negara-negara lain kelak, tetapi untuk Malaysia, sejak pejabat PayPal Malaysia ditutup pada tahun 2019, ia sukar untuk dikatakan jika ia akan ditawarkan di Malaysia secara rasmi seperti Luno dan Binance.

Sumber: CNBC

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami