Samsung Mahu Membangunkan Modul Memori DDR5 Dengan Kapasiti Sebesar 512GB

Diterbitkan pada Ogos 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Teknologi memori DDR5 sedang dengan membangun dengan pesat sekarang, dan penggunaannya dijangka akan diperlihatkan secara meluas di sekitar tahun 2022 dan 2023 kelak, dengan pelbagai syarikat pembuat memori dan komponen komputer mrmperkenalkan sokongannya tidak lama lagi.

Samsung, salah satu syarikat elektronik paling terkemuka di dunia yang membangunkan bukan sahaja peranti, tetapi juga cip memori dan pemprosesan baru-baru ini mengatakan bahawa mereka mahu membangunkan modul memori yang mempunyai kapasiti sebesar 512GB. Secara lazimnya, memori RAM komputer akan hadir dengan kapasiti 32 ke 64GB, dan hanya beberapa pembangun yang mampu menawarkan jumlah memori dalam satu pakej yang lebih tinggi seperti 128GB dan 256GB.

DDR5 bukan sahaja menawarkan prestasi dan kelajuan yang lebih pantas, tetapi juga rekaan modul baru yang membolehkan setiap modul ini dimuatkan lebih dekat dengan satu sama lain, yang membolehkan setiap keping batang memori DDR5 untuk dimuatkan dengan kapasiti memori dua kali ganda lebih banyak berbanding dengan memori DDR4.

Samsung mengatakan mereka akan membangunkan modul memori 512GB ini untuk digunakan dalam mesin-mesin pelayan dan adikomputer yang memerlukan memori yang banyak dan pantas untuk tugas-tugas pengiraan dan pengolahan ataupun untuk sektor pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan.

Dalam pengumuman ini, Samsung turut mengatakan bahawa mereka akan membangunkan modul memori ini sekitar penghujung tahun ini, dan menjangkakan bahawa ia akan digunakan secara meluas sekitar tahun 2023 kelak.

Sumber: VideoCardz

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami