Google StreetView merupakan perkhidmatan pemetaan Google yang diintegrasikan pada Google Maps, memudahkan anda melihat paparan dunia nyata di sesuatu lokasi.
Untuk menjayakan perkara ini, Google mempunyai sejumlah kenderaan dan tenaga kerja yang bergerak di seluruh dunia dalam merakamkan gambar setiap hari.
Menariknya, gambar turut dirakamkan hampir setiap tahun, membolehkan anda melihat rakaman gambar dan perubahan sesuatu lokasi dari tahun ke tahun.
Untuk melihat perubahan dari tahun ke tahun, anda perlu memasuki paparan StreetView terlebih dahulu dengan klik pada ikon orang berwarna kuning dipenjuru bawah kanan Google Maps.
Seterusya, tarikh ikon orang kuning berkenaan ke lokasi yang ingin dilihat. Paparan Street View akan dibuka dan memaparkan rakaman gambar sekeliling yang paling terkini.
Untuk melihat paparan tahun sebelum-sebelumnya, anda hanya perlu klik pada ikon masa pada kotak di penjuru atas kiri, dan memilih paparan tahun yang diinginkan.
Dengan langkah ini, anda boleh merentas masa, dan melihat perubahan yang dilalui sesuatu lokasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.