Carian
Oppo MagVOOC Diperlihatkan – Sokongan Pengecasan Dengan Sambungan Magnetik
August 23, 2021 Aman

Selepas Realme, kini Oppo turut telah memperkenalkan sokongan teknologi pengecasan magnetik mereka secara rasminya, dinamakan Oppo MagVOOC.

Diperkenalkan di China hari ini, sebanyak tiga produk konsep menggunakannya telah diumumkan, iaitu MagVOOC Power Bank, pengecas MagVOOC mudah-alih, dan juga pengecas MagVOOC menegak. Melalui demo yang dipertontonkan, MagVOOC

Melalui sokongan MagVOOC ini, ia dihubungkan kepada peranti berasaskan magnetik. Dengan langkah ini, ia membawa penawaran lebih kurang seperti MagSafe yang disediakan Apple untuk iPhone 12 – sekaligus membuka peluang kepada dunia nirwayar sepenuhnya, selain rekaan peranti tanpa port.

Apa pun, buat masa ini, spesifikasi teknikal sepenuhnya masih tidak diketahui lagi. Ia dikongsikan yang mana MagVOOC PowerBank menawarkan sokongan pengecasan nirwayar 20W dengan sambungan magnetik.

Oppo diperkatakan yang mana tiada perancangan untuk memperkenalkan ia secara komersil buat masa ini.

Komen