Cari @ Amanz

WhatsApp Kini Turut Menawarkan Versi Beta Untuk Pengguna Desktop

Oleh Aman

Link Copied!

WhatsApp sedia menawarkan versi beta aplikasi mereka untuk pengguna peranti mudah-alih, sekaligus memudahkan beberapa ciri-ciri diuji terlebih dahulu dan mendapatkan maklumbalas sebelum ia diperkenalkan secara meluas.

Terbaru, program beta turut diperluaskan kepada pengguna WhatsApp di Desktop.

Pengguna WhatsApp di Desktop hanya perlu memuat-turun dan memasang perisian versi beta, dan menikmati pelbagai ciri-ciri lebih awal berbanding dengan pengguna awam lain.

Apa pun, untuk makluman, kadang-kala terdapat pepijat yang masih tidak dikenal-pasti, membuatkan ia masih tidak stabil sepenuhnya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun perisian WhatsApp Beta untuk Desktop hari ini.


Komen ()