Cari @ Amanz

MingYang Smart Energy mengumumkan MySE 16.0-242, kincir janakuasa elektrik terbesar dunia dengan diameter 242 meter yang lebih panjang dari dua padang bola sepak. MySE 16.0-242 dilengkapi tiga bilah kipas setiap satu sepanjang 118 meter. Dengan setiap kitaran lengkap, kincir ini menyapu kawasan seluas 46000 m2  yang bersamaan pula dengan keluasan enam padang bola sepak.

Setiap MySE 16.0-242 mampu menjana 80000MWh tenaga elektrik setiap tahun yang mampu membekalkan kuasa kepada 20,000 rumah. Lebih menakjubkan ialah MySE 16.0-242 menjana 45% lebih banyak kuasa elektrik berbanding MySE 11.0-203 juga keluaran mereka dengan diameter 203 meter.

Rekod dunia kincir janakuasa elektrik sebelum ini dipegang oleh Haliade-X keluaran GE yang mempunyai kipas berdiameter 220 meter. Seperti Haliade-X, MySE 16.0-242 menyasarkan penggunaan di ladang janakuasa kincir udara yang dibina di Laut Utara dan Asia Tenggara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd