Cari @ Amanz

RDC Aqualines Aquas Ialah Sebuah Lagi Ekranoplan Untuk Membawa Penumpang

Link Copied!

Konsep ekranoplan dipopularkan di Kesatuan Soviet pada dekad 60an bagi tujuan membangunkan platform pelancaran peluru berpandu anti kapal yang berkelajuan tinggi. Teknologi ini dilupakan kerana rekaan teknologi enjin jet yang tidak cukup matang serta beberapa kemalangan menyebabkan prototaip musnah. Tetapi teknologi kenderaan kesan tanah (GEV) seperti ekranoplan ingin dibangunkan semula.

RDC Aqualines sebuah syarikat yang berpangkalan di Rusia memperlihatkan rekaan Aquas, sebuah ekranoplan yang dibangunkan untuk membawa penumpang. Setiap Aquas boleh membawa 12 penumpang dan 2 krew untuk perjalanan sehingga 500 kilometer pada kelajuan mencecah 200 kilometer sejam. Ketika beroperasi, Aquas akan terapung sehingga 2 meter dari permukaan laut.

Tambah RDC Aqualines lagi, setiap Aquas dilengkapi enjin penolak elektrik 600 kuasa kuda di buritan dan dua enjin elektrik kuasa kuda di bahagian haluan. Kuasa dijana menggunakan sel hidrogen. Prototaip masih belum dihasilkan tetapi RDC Aqualines menyasarkan ekrnoplan ini memulakan operasi seawal 2024.

Aquas akan bersaing dengan Regent Seagliders, sebuah ekranoplan yang akan membawa penumpang merentasi Selat Inggeris pada tahun 2025. Seperti Aquas, Seagliders menggunakan kuasa elektrik tetapi mampu membawa 15 penumpang dengan kelajuan mencecah 290km/j.


Komen ()