Carian
Tips Menghasilkan Fotografi Makanan Yang Menarik Seumpama Di Kafe Dengan Hanya Menggunakan Telefon Pintar
August 26, 2021 Syafia Hani

Salah satu aktiviti yang saya yakin semua orang rindu untuk lakukan adalah makan bersama keluarga atau kawan-kawan di kedai makan. Jika dahulu, perkara yang menjadi kebiasaan untuk kita semua lakukan sebelum makan adalah menangkap gambar makanan untuk dikongsikan di media sosial. Walaupun sekarang kita semua telah menjalani kehidupan norma baharu, kita masih lagi boleh mendapatkan pengalaman seperti ini dengan menghasilkan fotografi makanan di rumah. Jadi, ini adalah tips untuk menghasilkan fotografi makanan seperti makan di kedai makan dengan hanya menggunakan telefon pintar OPPO Reno6 Z.

Dalam artikel ini saya akan senaraikan apa yang anda perlukan untuk mendapatkan rakaman yang cantik dan fungsi-fungsinya.

1. Telefon Pintar Dengan Kualiti Kamera Yang Baik

Kamera yang berkualiti sangat memberi kesan kepada kecantikan sesuatu gambar. Umum mengetahui bahawa kebanyakan telefon pintar sekarang ini telah dibina dengan kamera yang berkualiti. Salah satu daripadanya adalah OPPO Reno6 Z. Telefon pintar ini merupakan antara model yang terbaru daripada OPPO yang mana kita semua tahu bahawa OPPO adalah jenama yang sering menawarkan telefon pintar dengan kebolehan kamera yang baik.

OPPO Reno6 Z ini dilengkapi dengan sokongan tri kamera yang menggabungkan lensa 64MP untuk rakaman utama, 8MP untuk kamera sudut lebar dan 2MP untuk rakaman makro. Manakala untuk rakaman swafoto pula, ia hadir dengan sensor 32MP.

OPPO Reno6 Z ini juga dikenali sebagai AI Portrait Expert dimana anda boleh menghasilkan rakaman video atau gambar potret yang berkualiti tinggi dengan bantuan AI. Selain daripada itu, telefon pintar ini juga mempunyai fungsi-fungsi lain yang dapat membantu menghasilkan rakaman yang lebih menarik, seperti Ultra-Clear 108MP Image, Bokeh Flare Potrait, AI Palette, Flash Snapshot, Portrait Beautification Video, dan juga Focus Tracking.

2. Pencahayaan Yang Mencukupi

Pencahayaan sangat penting untuk mendapatkan rakaman yang cantik dan berkualiti. Hal ini kerana, jika persekitaran penggambaran anda tidak mempunnyai pencahayaan yang cukup, ia akan menghasilkan kesan-kesan hingar pada gambar dan ini adalah perkara yang perlu kita elakkan untuk menghasilkan rakaman yang cantik.

Penggunaan pencahayaan semula jadi adalah digalakkan untuk mendapatkan rakaman fotografi makanan yang menarik. Hal ini kerana pencahayaan yang semula jadi akan menyerlahkan lagi warna asal subjek di dalam gambar. Tetapi, anda tidak perlu risau, kerana OPPO Reno6 Z mempunyai bukaan aperture yang luas yang membantu anda untuk menghasilkan rakaman yang cantik dan jelas walaupun di persekitaran yang kurang pencahayaan.

Anda juga boleh menggunakan fungsi Bokeh Flare Portrait untuk kamera belakang dan juga swafoto yang ada pada OPPO Reno6 Z ini. Ia berfungsi untuk mengubah pencahayaan dengan mengaburkan latar belakangnya menjadi seperti bokeh dan mencerahkan subjek di dalam gambar secara automatik. Fungsi ini menjadikannya seolah-olah ia dirakam menggunakan kamera profesional dan diambil di kafe-kafe cantik, sedangkan ia hanya dirakam di rumah anda sahaja.

Tetapi, jika anda masih perlukan pencahayaan yang lebih lagi, anda boleh gunakan lampu tambahan yang anda ada. Contohnya seperti Ring Light atau Light Stick RGB yang boleh dilaraskan kecerahannya. Anda digalakkan untuk memposisikan lampu-lampu tambahan ini pada tempat yang kurang pencahayaan.

3. Alat Peraga (Props) Yang Membantu Mencantikkan Gambar

Pemilihan alat peraga juga merupakan satu elemen yang berguna untuk menggambarkan mesej yang ingin disampaikan. Namun ia bergantung kepada anda sendiri bagaimana anda hendak menyampaikan mesej tersebut. Ada yang sukakan menggunakan warna tema, warna ceria yang berwarna-warni, atau gelap dan suram, minimalis serta banyak lagi.

Memandangkan kita hanya merakamkan gambar di rumah sahaja dan ia adalah tentang fotografi makanan, jadi kita boleh gunakan barang-barang yang senang didapati di rumah. Anda boleh menggunakan papan pemotong, bahan memasak, kain, dan juga bunga-bunga hiasan dimana kesemua alat peraga ini mudah dikemas dan dibersihkan. Namun perlu diingatkan untuk tidak meletakkan terlalu banyak barang sehingga memenuhi ruang penggambaran dan menenggelamkan subjek utama gambar.

4. Sudut Rakaman Yang Betul

Mendapatkan sudut rakaman yang baik memerlukan kemahiran dan teknik rakaman yang betul bagi menghasilkan rakaman yang cantik. Sudut fotografi makanan yang kita semua biasa dengar adalah flatlay. Untuk menghasilkan gambar flatlay yang kemas dan cantik, anda perlu menggunakan lensa sudut ultra lebar yang ada pada kamera telefon anda. Bagi OPPO Reno6 Z ini, lensa sudut lebar yang ditawarkan adalah 8MP. Jadi, melalui telefon pintar ini, anda boleh merakamkan gambar flatlay dengan lebih mudah dan lebih luas tanpa perlu berdiri di atas kerusi untuk merakamkan kesemua subjek dalam gambar. Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknik rakaman sudut 1/4 yang mana sudut ini diambil dari bahagian sisi subjek.

Ataupun, anda juga boleh menggunakan mod potret yang ada pada OPPO Reno6 Z ini untuk mendapatkan fotografi makanan yang lebih menarik. Melalui fungsi mod potret ini, subjek utama di dalam gambar akan lebih menonjol kerana latar belakang subjek akan dikaburkan. Fungsi ini sekaligus menjadikan gambar anda lebih menarik seolah-olah dirakam menggunakan kamera profesional.

5. Suntingan Gambar Untuk Menaikkan Kesan Estetik Gambar

Setelah semua gambar makanan telah dirakamkan, sekarang anda hanya perlu mencantikkan gambar dengan beberapa langkah suntingan ringkas. OPPO Reno6 Z ini juga dilengkapi dengan fungsi yang boleh disunting terus selepas gambar diambil. Antaramuka untuk suntingan gambar pada telefon pintar ini juga sangat ringkas, kemas dan mudah difahami.

Selain itu, telefon pintar ini juga menawarkan fungsi AI Palette dimana anda boleh menyalin gaya suntingan yang ada di internet dan letakkankannya pada gambar yang anda telah rakam. Jadi proses suntingan akan menjadi lebih cepat dan mudah. Tetapi perlu diingatkan bahawa adalah lebih baik untuk anda menyunting tanpa perlu mengubah warna asal subjek utama di dalam gambar agar ia kelihatan lebih semula jadi.

Kesimpulan

Kesemua gambar di atas merupakan hasil rakaman daripada OPPO Reno6 Z. Jika kita lihat, hasil rakamannya sangat cantik, jelas dan jitu. Hal ini adalah kerana OPPO Reno6 Z ini merupakan sebuah telefon pintar terbaru daripada OPPO yang memfokuskan kepada kualiti kamera dan turut dibantu oleh teknologi AI yang ada pada telefon pintar ini.

Jadi, jika anda inginkan sebuah telefon pintar dengan sokongan kamera yang baik dan sangat mementingkan kualiti penggambaran, OPPO Reno6 Z ini adalah antara model yang yang perlu miliki. Di Malaysia, telefon pintar ini boleh didapati pada harga RM1699 sahaja dengan dua pilihan warna iaitu Stellar Black dan juga Aurora. Dengan OPPO Reno6 Z, anda kini tidak perlu risau lagi untuk menghasilkan rakaman yang berkualiti seperti rakaman fotografi makanan di rumah dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja.

Bagi setiap pembelian siri OPPO Reno6 ini, anda berpeluang untuk menerima hadiah percuma bernilai RM620. Hadiah-hadiah ini terdiri daripada langganan percuma 1TB Hey Tap Cloud Storage selama setahun, powerbank, pembesar suara dengan sokongan Bluetooth, Smart Tag, baucar Shopee bernilai RM30, dan juga kod promosi bernilai RM100. Jadi, jangan tunggu lama-lama dan beli sekang untuk dapatkan hadiah eksklusif daripada OPPO sementara stok masih ada.

  • Beli :

  • Beli :

Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia

Komen