Kingston baru-baru ini memperkenalkan siri kad mikroSD mereka yang dinamakan Kingston Industrial yang boleh berfungsi dalam situasi-situasi dimana suhu adalah sangat tinggi ataupun sangat rendah.
Kingston Industrial hadir dalam sejumlah kapasiti dari 8GB sehingga 64GB, dan menurut mereka, mampu beroperasi dalam keadaan suhu -40 Celcius sehinggalah setinggi 85 darjah Celcius. Dari segi prestasi pula, kad-kad mikroSD ini menggunakan cip TLC yang membolehkannya membaca data sepantas 100MB/s.
Dari segi penggunaan, ia dijangka bahawa siri kad storan Kingston Industrial ini akan digunakan dalam pelbagai jenis situasi dimana suhu persekitaran berada pada tahap sangat tinggi, seperti padang pasir, Kutub Utara ataupun Selatan, pusat data dan sebagainya.
Sama seperti kad-kad mikroSD mereka yang lain, siri kad storan Kingston Industrial ini juga hadir dengan pembaca kad SD UHS-1. Setakat ini, Kingston masih belum mengumumkan samada siri kad ini akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak.