Cari @ Amanz

Realme Narzo 50A Tertiris – Pengenalan Dijangka Tidak Lama Lagi

Link Copied!

Kita telah melihat Realme sedia hadir dengan penawaran beberapa model telefon pintar di bawah siri Narzo. Seperti di Malaysia, kita ada model Realme Narzo 20, Narzo 20 Pro, Narzo 30A dan Narzo 30.

Dalam perkembangan terkini, Realme kelihatannya cuba melangkau penjenamaan untuk siri tersebut. Ia berikutan tularnya beberapa laporan yang mendakwa sebuah model dikenali sebagai Realme Narzo 50A telah tertiris ke arena web. Ia dikatakan telah muncul dalam beberapa pangkalan data seperti Bureau of Industry and Security (BIS) di India dan NBTC Thailand. Dengan penyenaraian ini, besar kemungkinan telefon pintar ini bakal tiba tidak lama lagi.

Pada satu sisi lain, beberapa butiran mengenai spesifikasi kamera pada Realme Narzo 50A turut tertiris. Di mana, ia akan dilengkapi kamera sebesar 12.5MP yang mungkin dipasarkan sebagai 13MP. Kemudian, kamera swafoto pula sebesar 8MP dengan bukaan f/2.0. Di samping itu, Realme Narzo 50A juga dikhabarkan hanya sebuah telefon pintar 4G. Namun, terdapat khabar angin yang mengatakan Realme mungkin akan mengeluarkan versi 5G untuknya.

Buat masa ini, masih belum diketahui bilakah ia akan diperkenalkan secara rasmi. Jadi adalah lebih baik sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut daripada pihak Realme sendiri berkaitan perkara ini.

Sumber : Gizchina


Komen ()