#HP

HP ZBook Firefly G8 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM5959

Diterbitkan pada Ogos 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi yang mencari komputer kerja yang berkuasa di rumah, HP ZBook Firefly G8 telah dilancarkan di Malaysia minggu ini. Komputer riba ditawarkan dengan skrin 14″ dan 15.6″ dengan resolusi FHD, cip pemproses sehingga Intel Core i7 generasi ke-11, memori sehingga 64GB RAM dan storan sehingga 2TB NVMe.

Terdapat pilihan GPU NVIDIA Quadro T500 bagi mereka yang memerlukan lebih banyak kuasa tambahan untuk menjalankan perisian grafik yang tinggi. Papan kekunci yang berlampu turut mempunyai kemampuan kalis percikan air.

Komputer riba turut hadir dengan I/O 2x USB-C Thunderbolt 4, 1x USB-A, 1x HDMI dan 1x bicu audio. Sementara itu dari segi audio pula speaker stereo Bang & Olufsen disertakan. Kesemua ini dimasukkan ke dalam kerangka yang beratnya bermula dari 1.35kg. Di Malaysia HP ZBook Firefly G8 dijual pada harga bermula dari RM5959 sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami