Carian
Realme 8 dan 8 Pro Menerima Ciri Penambahan RAM Maya
August 25, 2021 Effi Saharudin

Realme memperkenalkan ciri penambahan RAM secara maya DRE (Dynamic RAM Expension) pada siri Narzo tahun ini. Pengguna boleh menambah saiz RAM dengan mengambil sebahagian saiz storan peranti. Kini ciri ini turut disokong kepada Realme 8 dan Realme 8 Pro menerusi kemas kini yang baru diberikan.

Selain itu kemas kini turut memberikan tampalan sekuriti sehingga bulan Julai 2021 dan beberapa penambahbaikan pada kestabilan sistem. Pihak Realme turut mengesahkan untuk menyokong DRE, peranti haruslah menggunakan sekurang-kurangnya storan UFS 2.1. Peranti seperti Realme 3 Pro yang dilengkapi storan eMMC tidak mampu menyokongnya kerana tidak cukup pantas. Kemas kini diberikan secara berperingkat kepada pengguna di India terlebih dahulu.

Sumber Realme

Komen