Carian
WhatsApp Kini Menguji Ciri Reaksi Pada Mesej
August 25, 2021 Amy Maizuraa

Kalau anda perasan di Instagram, Twitter, Messenger dan lain-lain yang seangkatan dengannya ada menyokong ciri reaksi pada mesej yang diterima mahupun dihantar. Terkini, aplikasi WhatsApp juga dikatakan akan turut menyokongnya kelak.

Anda juga pastinya sudah sedia tahu bagaimana ianya akan berfungsi. Beberapa produk dibawah Facebook sedia mengintegrasikanya – termasuk di Facebook dan Instagram. Ciri ini membolehkan anda meletakkan emoji bagi meluahkan emosi terhadap sesuatu mesej yang diterima.

Seperti yang dikatakan tadi, ciri ini masih lagi dalam pembangunan dan tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara rasminya kepada pengguna.

Komen