Carian
Samsung Boleh Mengunci Televisyen Pintar Mereka Sekiranya Dicuri
August 25, 2021 Effi Saharudin

Pada telefon pintar, peranti boleh dikunci oleh pemilik asal sekiranya dicuri. Dengan ini peranti tersebut hanya laku sebagai sumber komponen gantian sahaja di pasaran gelap. Tetapi ramai mungkin tidak menyedari kesemua televisyen pintar Samsung mempunyai ciri untuk dikunci sekiranya ia dicuri.

Samsung mengesahkan televisyen pintar mereka dilengkapi aplikasi TV Block secara terbina. Ketika diaktfikan buat pertama kali dan disambungkan ke Internet, nombor sirinya akan diperiksa dengan pangkalan data televisyen pintar yang dilaporkan dicuri. Sekiranya padanan ditemukan, televisyen akan dintahkatifkan oleg TV Block sebagai langkah keselamatan.

Ciri ini digunakan secara meluas di Afrika Selatan bulan Julai lalu selepas televisyen-televisyen Samsung dicuri dari gudang simpanan yang terletak di KwaZulu-Natal selepas rusuhan berlaku di seluruh negara tersebut. Bagi pelanggan yang televisyen telah dikunci secara tidak sengaja oleh Samsung, mereka dinasihatkan supaya menghubungi pusat bantuan pelanggan dan menunjukkan bukti pembelian dengan resit yang sah.

Komen