Carian
Kamera Samsung Galaxy Z Fold3 Tidak Akan Berfungsi Jika Pengguna Cuba Menyahkunci Bootloader Peranti
August 25, 2021 Fahim Zahar

Tidak dinafikan yang populariti Custom ROM semakin lama semakin sepi. Ini adalah kerana perubahan pada sistem operasi Android itu sendiri yang semakin lama semakin sukar untuk diubahsuai. Perubahan ini mula berlaku apabila Android memerlukan penggunaan storan A/B serta sistem sekuriti yang disertakan oleh pengeluar.

Tetapi di dalam komuniti, masih ramai pembangun bebas membangunkan Custom ROM untuk pengguna menggunakan peranti mereka bebas daripada penjejakan data dan kawalan daripada pengeluar.

Galaxy Z Fold3 5G

Terkini pihak XDA melaporkan yang peranti terbaru Samsung, iaitu Galaxy Z Fold3 akan mempunyai masalah besar jika pengguna cuba mengubahsuai sistem peranti ini.

Sebaik sahaja proses menyahkunci bootloader berjaya dan peranti berjaya dibut semula, kamera peranti tidak lagi berfungsi. Ini bukan pada perisian, tetapi pada perkakasan yang menyebabkan aplikasi kamera tidak boleh dilancarkan. Seperti biasa bagi yang tidak tahu, peranti Samsung memang akan bermasalah jika bootloader dinyahkunci. Antaranya adalah sistem sekuriti Knox akan terus hilang dan Samsung Pay tidak boleh digunakan. Tetapi untuk kamera terus tidak boleh digunakan ia adalah perkara baharu untuk Samsung.

Perkara yang sama dilakukan oleh Sony untuk peranti mereka sebelum Android 9 dikeluarkan. Ini bermakna, pengguna Galaxy Z Fold3 hanya boleh menggunakan peranti ini seperti yang dibeli dengan One UI dan tanpa kemampuan root atau sebaran modifikasi.

Jika ingin ubahsuai sistem One UI, Samsung ada menawarkan alternatif melalui aplikasi Goodlock mereka.

Komen