Selangkah Menawarkan Ujian Covid Yang Dipaparkan Terus Pada Aplikasi IATA Travel Pass

Diterbitkan pada Ogos 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada April tahun ini, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) telah melancarkan aplikasi IATA Travel Pass yang mengesahkan status bebas Covid-19 selepas menjalani ujian PCR. Aplikasi ini telah digunakan beberapa syarikat penerbangan dunia sebagai bukti penumpang sihat dan boleh meneruskan perjalanan ke destinasi mereka.

Selangkah Ventures hari ini mengumumkan mereka menawarkan ujian pengesahan Covid-19 di beberapa klinik terpilih dengan keputusan dimuat naik terus ke aplikasi IATA Travel Pass. Dengan ini mereka yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara boleh memaparkan status kebenaran untuk terbang menerusi aplikasi. Setakat ini sebanyak 13 klinik menyertai program IATA Travel Pass ini di Lembah Klang dan 51 syarikat penerbangan memerlukan penumpang menunjukkan status mereka menggunakan aplikasi yang sama.

Untuk maklumat lebih lanjut dan senarai lengkap lokasi mendapat ujian Covid-19 yang diterima IATA Travel Pass, sila hubungi pusat bantuan Selcare di 1800-22-6600 atau mengikuti akaun media sosial Selangkah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami