Microsoft Melantik Panos Panay Menjadi Timbalan Presiden Eksekutif
August 26, 2021
Microsoft
Effi Saharudin
Microsoft telah melantik Panos Panay menjadi timbalan presiden eksekutif syarikat menurut laporan Bloomberg pagi ini. Panay yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Produk turut menjadi sebahagian pasukan kepimpinan kanan yang melaporkan diri terus kepada Satya Nadella.

Di bawah pengurusan Panay, produk seperti Surface mula mendapat perhatian pengguna kerana rekaan peranti yang inovatif, moden dan relevan dengan kehendak pasaran. Beliau juga terlibat dalam menentukan hala tuju WIndows 11 yang dilihat sebagai perubahan paling besar terhadap sistem operasi sejak dua generasi yang lalu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.