Cari @ Amanz

Huawei kini mengemaskini rangkaian telefon pintar mereka dengan satu lagi penawaran baharu. Dikenali sebagai Huawei Nova Y60, ia telah dilancarkan secara rasmi di Afrika Selatan.

Ia adalah sebuah telefon pintar Android yang dilengkapi penggunaan cip MediaTek Helio P35 bersama sejumlah titik jualan utama lain seperti skrin dan bateri yang besar. Untuk spesifikasi khusus, Huawei Nova Y60 dilengkapi skrin 6.6-inci TFT LCD dengan resolusi HD+ (1600 x 720 piksel). Selain cip MediaTek Helio P35, ia juga dipadankan dengan memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri sebesar 5000mAh.

Seterusnya, ia juga mempunyai sokongan tri-kemara di belakang dengan tetapan 13MP (f/1.8) + 5MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman). Manakala, kamera hadapan pula adalah sebesar 8MP (f/2.0). Lain-lain spesifikasi termasuklah – Bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan sebagainya. Di Afrika Selatan, Huawei Nova Y60 dijual pada harga ZAR 3,099 (~RM866).

Sumber : Huawei Afrika Selatan

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd