Platform beli-belah e-dagang, Lazada sekali lagi kembali dengan kempen jualan murah yang menjadi tumpuan ramai. Memang tidak dinafikan, ramai sahaja di antara kita yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan idaman serta keperluan dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran sewaktu kempen berlangsung.

Untuk jualan Mega 9.9 kali ini, Lazada dilihat menampilkan lebih banyak kejutan. Melaluinya, anda bukan sahaja dapat menikmati pelbagai penawaran menarik, malahan pengalaman membeli-belah juga lebih lancar dan menyeronokkan dengan harga barangan terendah.
Antara tumpuan utama untuk kali ini adalah anda boleh mendapatkan baucar penghantaran percuma harian dan Lazada Bonus setiap hari menerusi aplikasi bermula sekarang. Apa yang menariknya di sini, kutipan Lazada Bonus ini anda boleh gunakan untuk menebus diskaun sebanyak RM9 untuk setiap perbelanjaan yang bernilai RM99.

Seiring dengan budaya norma kehidupan baharu, anda kini boleh membuat pembayaran secara nirtunai untuk setiap pesanan barangan yang dibuat. Caranya mudah, anda boleh menggunakan pilihan Payment On Delivery melalui Duitnow QR yang dilancarkan oleh Lazada baru-baru ini. Pada masa sama, Lazada turut menawarkan baucar diskaun RM12 untuk setiap pesanan pertama yang dibuat. Malahan, terdapat juga kelebihan buat pengguna Touch n ‘Go Duitnow QR yang mana mereka akan menerima baucar penghantaran percuma tambahan.

Tawaran menarik oleh Lazada sebenarnya tidak habis disitu sahaja, sebaliknya ia ditambah lagi dengan tawaran diskaun sehingga 60% yang boleh dinikmati sepanjang pesta jualan berlangsung. Seterusnya, terdapat juga tawaran eksklusif Crazy Brand Mega Offers yang akan menjual pelbagai barangan dengan potongan harga yang jauh lebih rendah berbanding semasa untuk masa terhad – bermula dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi pada 9 September.

Sementara itu, Lazada dalam satu kenyataan berkata, mereka berasa teruja untuk mengumumkan bahawa lebih daripada 3,800 jenama baharu telah menyertai LazMall Malaysia dalam tempoh hanya setahun. Katanya lagi, Lazada akan terus kekal komited dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Dalam masa sama, jaminan keaslian sehingga lima kali pulangan untuk pembelian produk tiruan dikatakan turut menerima sambutan yang baik daripada para pengguna. Sehinggakan, bilangan pelanggan dan pesanan di LazMall meningkat lebih dua kali ganda secara tahunan.