Huawei Nova 8 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1899

Diterbitkan pada Ogos 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Malaysia kini telah mengumumkan harga rasmi untuk telefon pintar terkini mereka iaitu Huawei Nova 8 untuk pasaran tempatan. Bagi yang berminat, ia dijual pada RM1,899 untuk sebuah. Menariknya di sini, setiap pembelian didatangkan dengan hadiah percuma menarik berupa kotak hadiah eksklusfif serta baucar dan akses Huawei Cloud 200GB selama sebulan.

Untuk spesifikasi khusus, Huawei Nova 8 dilengkapi 6.57inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya, menggunakan cip Kirin 820E yang dipadankan dengan 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 3,800mAh yang menyokong pengecasan 66W.

Kamera utamanya pula terdiri dengan sensor 64MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro). Makala, kamera swafoto pula sebesar 32-MP yang diletakkan pada lubang kamera. Lain-lain spesifikasi termasuklah – sistem Huawei Mobile Services, speaker mono, pengimbas cap jari bawah skrin, bluetooth 5.0, port sambungan USB-C dan banyak lagi.

Beli Dari Lazada : Huawei Nova 8
Beli Dari Shopee : Huawei Nova 8

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami