Perdagangan kriptowang di Malaysia adalah sesuatu yang dikawal-selia dengan ketat oleh pihak Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kini, sebuah lagi platform pertukaran dan penyimpanan aset digital rasmi (RMO-DAX) telah disahkan untuk beroperasi di negara ini secara rasmi, iaitu MX Exchange.
MX Exchange ialah DAX tempatan bertauliah yang membolehkan pengguna tempatan untuk berdagang dengan kriptowang dalam Ringgit Malaysia. Syarikat tersebut mempunyai platform di desktop yang boleh diakses melalui laman web MX.exchange yang mana mereka juga akan memperkenalkan aplikasi perdagangan kriptowang mereka sendiri tidak lama lagi.
Rakyat Malaysia boleh mendaftar di platform MX Exchange ini dengan tiga langkah yang mudah: Mendaftar di laman web MX.exchange, verifikasi melalui emel dan dokumen peribadi seperti pasport, lesen ataupun kad pengenalan, dan kemudiannya anda boleh melakukan aktiviti pelaburan kriptowang secara terus.
Buat masa ini, pengguna boleh berdagang di platform MX Exchange dengan kriptowang Bitcoin dan Ethereum dan mungkin akan bertambah kelak.
Sumber: MX Exchange