Western Digital Dan Kioxia Dikatakan Dalam Perbincangan Untuk Gabungan Syarikat

Diterbitkan pada Ogos 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Western Digital merupakan salah satu daripada syarikat pembangun storan paling terkenal di dunia, manakala Kloxia pula ialah syarikat pembuat cip storan dan memori yang dijual oleh Toshiba sekitar dua tahun yang lalu.

Terkini, ia dllaporkan bahawa kedua-dua syarikat ini sedang dalam perbincangan untuk gabungan syarikat yang mana jika ia berjaya, akan menjadikan syarikat-syarikat ini bernilai $20 bilion (~RM84 bilion). Ini cukup menarik khususnya kerana Kioxia juga baru-baru ini dilaporkan akan memfailkan IPO tidak lama lagi.

Western Digital ialah sebuah syarikat yang cukup terkenal untuk produk dan komponen storan mereka, manakala Kioxia pula merupakan salah satu pembangun komponen buat Toshiba apabila mereka masih lagi dalam perusahaan pembuatan produk storan.

Menariknya, ini bukanlah kali pertama Western Digital mencuba untuk membeli atau bergabung dengan Kioxia, dimana ia berlaku sebelum ini apabila mereka masih lagi sebahagian daripada Toshiba. Setakat ini, ia tidak diketahui lagi samada gabungan ini benar-benar akan berlaku atau tidak, tetapi laporan Bloomberg mengatakan bahawa jika sebuah gabungan akan berlaku, ia akan diumumkan seawal bulan September kelak.

Sumber: Bloomberg

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami