(Ura-Ura) Apple iPhone 13 Akan Dipasarkan Seawal 17 September

Diterbitkan pada Ogos 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita sudah semakin hampir ke penghujung Ogos 2021. Setiap tahun bulan September amat dinantikan kerana ia adalah bulan iPhone secara tradisinya dilancarkan. Kali ini mula kedengaran ura-ura siri iPhone 13 akan dipasarkan pada 17 September hadapan.

Ini adalah menurut laporan IT Home yang menerima tangkapan layan jualan peranti akan dimulakan pada tarikh tersebut Pada waktu yang sama AirPods 3 baharu pula ditunjukkan akan dipasarkan pada 30 September. Tidak diketahui sejauh manakah kebenaran tangkapan layar ini.

Tetapi Apple memang diramalkan akan mula menawarkan siri iPhone 13 pada minggu ketiga September dan tarikh di atas berada di dalam minggu tersebut. Sebagai perbandingan siri iPhone 12 telah dilancarkan pada 12 September tahun lalu.

Tahun ini kemampuan kamera akan dipertingkatkan lagi dengan iPhone 13 dan 13 Mini mempunyai konfigurasi dwi-kamera yang bersilang dan tidak lagi bertindih. Penambahbaikan paling besar selain pemproses baharu ialah kapasiti bateri juga yang diramalkan lebih besar.

Untuk pasaran Malaysia, ia biasanya akan memasuki jualan pada fasa kedua atau ketiga, maka kita mungkin akan melihat ia ditawarkan seawal Oktober atau November di Malaysia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami