Carian
Foxconn Mengambil 200,000 Pekerja Lagi Bagi Memastikan Kelancaran Pengenalan iPhone 13
August 26, 2021 Aman

Apple sedia diperkatakan bakal memperkenalkan iPhone 13 secara rasminya pada bulan September ini. Dan dalam memastikan kelancaran pengenalannya, kini kilang pengeluaran untuknya, Foxconn Technology dikatakan sedang mengambil sekitar 200,000 pekerja tambahan.

Melalui laporan SCMP, Foxconn dikatakan mampu berupaya menggunakan sekitar 350,000 pekerja pada sesuatu masa, dan mengeluarkan 500,000 telefon pintar dalam sehari.

iPhone 12

Dalam usaha mendapatkan 200,000 pekerja tambahan, Foxconn juga kini mendapat bantuan pihak berkuasa tempatan, termasuk pihak berkuasa yang menyediakan sekitar 100 bas untuk mengambil pekerja.

Apple dikatakan menyasarkan untuk mengeluarkan sekitar 130 juta ke 150 juta iPhone baharu pada pertengahan kedua 2021 ini. Dengan langkah ini, ia membawa kepada lebih tekanan kepada pihak Foxconn dalam memastikan menyediakan pengeluaran yang memadai dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Apple.

Walaupun iPhone 13 dilihat tidak menawarkan perubahan besar berbanding iPhone 12, tetapi ia dijangka menerima permintaan tinggi – disebabkan oleh peralihan ke peranti berasaskan 5G.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Apple melalui iPhone 13 kelak.

Komen