Under Armor Dan The Rock Membangunkan Fon Kepala Dengan Fungsi Pembatalan Bunyi Hingar Dan Bateri 45 Jam

Diterbitkan pada Ogos 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Under Armor ialah sebuah syarikat pembuat kelengkapan dan aksesori sukan dan rekreasi, dan terkini, mereka telah bekerjasama dengan duta jenama terbesar mereka, The Rock untuk membangunkan sebuah fon kepala yang dinamakan Under Armor Project Rock Over Ear Training Headphones.

Apa yang menarik mengenai fon kepala ini ialah ia merupakan kemaskini kepada fon kepala yang dibangunkan oleh JBL sebelum ini, iaitu JBL Charged Sound. Selain daripada rekaan yang dikemaskini, kualiti audio fon kepala ini disuaikan dengan bantuan The Rock, dan hadir dengan fungsi pembatalan bunyi hingar dan hadir dengan piawaian kalis air IPX4.

Teknologi tambahan yang diperlihatkan pada fon kepala ini juga termasuklah fungsi bunyi ambien untuk memudahkan pendengaran bunyi di luar dan sokongan untuk pembantu digital Google Assistant dan Amazon Alexa. Bukan itu sahaja, fon kepala ini juga dikatakan mempunyai bateri dengan jangka hayat 45 jam dengan satu pengecasan penuh.

Fon kepala UA Project Rock Over-Ear Training ini ditawarkan di pasaran-pasaran terpilih melalui Under Armor dan JBL pada harga $299.95.

Sumber: Under Armor

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami