Pengguna Apple Watch Kini Diperkatakan Melangkaui 100 Juta

Diterbitkan pada Ogos 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple Watch merupakan jam tangan pintar keluaran Apple, yang boleh digunakan bersama iPhone. Malah, dalam mempelbagaikan penawaran kepada pengguna, kini Apple menyediakan Apple Watch SE bersama-sama dengan siri jam tangan Apple Watch premium mereka.

Terbaru, mengikut penganalisa, ia disasarkan angka pengguna aktif untuk Apple Watch telah melangkaui lebih 100 juta pada penghujung Jun 2021 lepas.

Apple Watch

Angka penganalisa terbaru ini, selari dengan apa yang disasarkan pada penghujung 2020 mengatakan angka pengguna Apple Watch akan melangkui 100 juta.

Dengan langkah ini, ia turut meletakkan Apple diposisi teratas, sekaligus memegang pasaran jam tangan pintar.

Pada hari ini, terdapat penawaran sejumlah jam tangan pintar yang lain, termasuk daripada Huawei, Samsung, dan lain-lain. Menjelang September ini, Apple dijangka akan turut memperkenalkan satu lagi generasi baharu jam tangan pintar mereka secara rasminya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami