Kerajaan China Kini Mengatakan Amalan Kerja 996 Melanggar Hak Pekerja

Diterbitkan pada Ogos 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Amalan bekerja ‘996’ amat popular di China dengan hartawan Jack Ma dan Richard Yu merasakan ia adalah penting untuk menjamin kejayaan seseorang individu. Menerusi amalan ini pekerja diminta bekerja dari jam 9 pagi hingga 9 malam 6 hari seminggu. Walaupun dianggap melanggar hak pekerja selema ini, ia dibiarkan sahaja demi kepentingan ekonomi negara.

Tetapi kini Mahkamah Tinggi Rakyat China dan Kementerian Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial mengeluarkan memo yang mengatakan ia adalah pelanggaran serius undang-undang masa kerja lebih masa negara tersebut sekaligus melanggar hak pekerja. Di China masa kerja lebih masa dihadkan ke 36 jam sebulan tetapi amalan kerja 996 boleh menyebabkan ia meningkat ke 128 jam sebulan.

Memo ini dilihat sebagai reaksi kerajaan terhadap rintihan golongan pekerja yang mula menentang amalan 996 di media sosial. Sungguhpun begitu ramai merasakan ia masih tidak mencukupi kerana halangan kerja lebih masa sukar dikuatkuasakan kerana sudah menjadi budaya sejak sekian lama.

Bulan lalu kerajaan China juga mengatakan algoritma yang digunakan aplikasi penghantaran makanan adalah kejam kepada penunggang dan memaksa syarikat membenarkan penunggang menyertai kesatuan pekerja. Tindakan ini pula dilihat sebagai langkah Beijing mengawal kuasa syarikat teknologi yang semakin berpengaruh.

Sumber The Protocol

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami