Boeing F-15 Eagle ialah pesawat tempur generasi ke-empat yang sudah beroperasi sejak 1972. Walaupun sudah agak berusia, Eagle mempunyai reputasi hebat menembak jatuh lebih 100 pesawat musuh dan tidak pernah tewas di medan tempur. Kini Boeing F-15 QA Ababil telahpun dilancarkan untuk Tentera Udara Emiriah Qatar (QEAF) yang menjadikannya model paling canggih pernah dihasilkan.
Ababil melakukan penerbangan tahun lalu dan pesawat pertama telah diserahkan kepada wakil QEAF di sebuah upacara di St Louis pada 25 Ogos lalu. Pesawat ini dilengkapi sistem kawalan elektronik FBW, kokpit dengan paparan instrumen kaca sepenuhnya, enjin yang dipertingkatkan, sistem elektronik baharu, sokongan senjata lebih moden, kemampuan berhubung dengan pesawat tempur Gen-5 dan jarak operasi yang lebih jauh.
Kerana kemampuan tempurnya yang menakjubkan ini, nama Ababil digunakan kerana ia boleh menghujani musuh dengan senjata berbahaya seperti burung yang menghancurkan tentera Abrahah. Pesawat F-15 QA ini turut akan digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat tetapi menggunakan nama F-15 EX