Seperti sedia maklum. Twitter kadang-kala akan memperkenalkan emoji khas bersama-sama tagar yang boleh digunakan untuk menyambut pelbagai jenis perkara ataupun acara. Hari ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan bahawa bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, rakyat Malaysia boleh menggunakan beberapa tanda pagar (tagar) yang akan dipadankan dengan emoji khas bersempena dengan dua hari istimewa tersebut.

Tagar-tagar yang dimaksudkan termasuklah #MalaysiaPrihatin, #MalaysiaMerdeka, #MenangBersama dan #HariMalaysia, yang mana ia akan dipadankan bersama-sama emoji yang tertera di skrin. Gabungan tagar dan emoji ini boleh digunakan bermula 31 Ogos 2021 ini, sehinggalah 16 September 2021, iaitu diantara Hari Merdeka sehinggalah Hari Malaysia.
Rakyat Malaysia yang ingin menunjukkan semangat kemerdekaan mereka tahun ini di Twitter bolehlah menggunakan tagar-tagar ini untuk merayakan hari-hari yang bersejarah ini.