Cari @ Amanz

Dr Adham Baba Dilantik Menjadi Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

Oleh Aman

Link Copied!

Perdana Menteri Malaysia hari ini telah mengumumkan barisan kabinet baharu yang akan menerajui pelbagai kementerian dan pentadbiran di Malaysia. Untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, menteri baharu yang dilantik adalah YB Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham Baba sebelum ini telah menjadi Menteri Kesihatan, dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS), Universiti Malaya.

Dengan lantikkan beliau, kita mungkin akan dapat melihat program #MyDigital dan sebagainya diteruskan, selain pengenalan pelbagai polisi baharu, apatah lagi dengan peralihan Malaysia ke era 5G.

Beliau akan dibantu oleh timbalan, YB Datuk Haji Amzad Mohamde @ Hashim. Khairy Jamaluddin yang menerajui kementerian ini sebelum ini kini beralih untuk menerajui Kementerian Kesihatan Malaysia.


Komen ()