Carian
Tan Sri Annuar Musa Dilantik Menerajui Kementerian Komunikasi Dan Multimedia
August 27, 2021 Aman

Hari ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan barisan kabinet baharu untuk kerajaan Malaysia, termasuk Menteri baharu untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa kini menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Kementerian ini memainkan peranan penting, apatah lagi dengan peralihan ke rangkaian 5G yang akan bermula pada penghujung tahun ini, disamping turut memantau pelbagai polisi berkaitan komunikasi, termasuk melibatkan kurier dan sebagainya.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga sebelum ini melihat ke arah pengenalan identiti digital, serta implementasi sejumlah perkara baharu dalam memudahkan kehidupan harian rakyat Malaysia.

Beliau akan dibantu oleh timbalan YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin.

Komen