Jabra Akan Melancarkan TWS Siri Elite Baharu September Ini

Diterbitkan pada Ogos 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jabra adalah antara jenama produk audio yang cukup terkenal. Mereka mempunyai pengalaman lebih seratus tahun, termasuk dengan produk bantuan alat pendengaran. Teknologi alat bantuan pendengaran ini turut diubahsuai untuk diintegrasikan ke dalam beberapa produk aksesori audio mereka.

Tahun lepas, TWS mercu mereka adalah Jabra Elite 85T dan mereka tidak lagi melancarkan variasi Active kerana model ini sudah menyertakan ciri-ciri daripada siri Active. Terkini, selepas hampir setahun – Jabra sudah bersedia untuk melancarkan pengganti kepada produk ini.

Buat masa ini, masih tiada sebarang informasi mengenai produk baharu ini. Jabra Elite 85T adalah TWS premium dengan kemampuan pembatalan hingar aktif, menyokong pengecasan nirwayar, perlindungan IPX4 dan mempunyai rekaan lebih kompak daripada 75T.

Model baharu ini dijangka adalah Elite 95T, atau mungkin berbeza. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kehadiran produk baharu mereka tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami