Cari @ Amanz

Kita sedia mendengar desas-desus berkenaan dengan tablet daripada beberapa pengeluar yang bakal dipasarkan, termasuk Vivo. Bercakap mengenainya, hari ini pihak Vivo mengesahkan kewujudan tablet berkenaan.

Menurut pihak Vivo, mereka akan memperkenalkan tablet pertama mereka secara rasminya pada pertengahan pertama tahun 2022 kelak.

Pihak Vivo turut mengatakan mereka akan memfokuskan kepada sinergi yang ditawarkan tablet bersama dengan telefon pintar mereka kelak.

Dengan pengesahan rasmi ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan tablet Vivo ini dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd