Cari @ Amanz

Dalam membolehkan pembangunan peranti yang pantas dan lebih terkawal, kini pelbagai syarikat mula melihat kepada penggunaan cip yang dibangunkan sendiri – sekaligus membawa kepada keunikkan peranti mereka tersendiri berbanding pesaing lain.

Tidak ketinggalan adalah Vivo, dimana kini mereka mengesahkan akan menggunakan cip yang dibangunkan sendiri, dikenali “V1” pada telefon pintar Vivo X70.

Cip V1 ini adalah lebih kepada cip pengimejan, membolehkan Vivo mengawal dengan lebih baik hasil rakaman melalui peranti mereka.

Untuk makluman, sebelum ini Xiaomi turut telah memperkenalkan cip pengimejan mereka tersendiri pada peranti mereka.

Vivo X70 dijangka diperkenalkan pada September 2021 ini, dan akan menjadi yang terawal mengintegrasikan cip yang dibangunkan sendiri. Sekiranya berjaya, tidak mustahil kita melihat Vivo memperluaskan penggunaan cip sendiri untuk komponen-komponen dan pemprosesan lain dalam peranti mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd