TSMC dilaporkan meningkatkan lagi harga cip yang dihasilkan menerusi kilang mereka. Menurut DigiTimes, harga cip meningkat sebanyak 10% untuk cip dengan teknologi 7nm dan ke bawah dan sebanyak 20% pula untuk cip berteknologi 16nm dan ke atas. Harga baharu ini akan dikenakan untuk pesanan cip yang dilakukan bermula Disember 2021.
Ini akan menyebabkan cip rekaan Qualcomm, Apple, NVIDIA, AMD, dan MediaTek meningkat pada tahun 2022. Masalah kekurangan cip pada tahun 2020 nampaknya berterusan tahun ini dengan ia dijangka akan hanya selesai pada suku kedua 2022. Laporan hari ini mengesahkan ura-ura TSMC akan meningkatkan harga cip menjelang penghujung 2021 yang kami laporkan pada Mei lalu.