Cari @ Amanz

Oppo Malaysia mengumumkan harga jualan terkini untuk Oppo Reno5 F. Melaluinya, ia kini boleh dimiliki dengan tanda harga RM1,099 sahaja – di mana, potongan sebanyak RM100 boleh dinikmati berbanding harga asalnya RM1,199. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian rasmi Oppo sementara stok masih ada.

Untuk spesifikasi, Oppo Reno5 F dilengkapi skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Paparannya bagaimanapun, sekadar menyokong kadar segar semula standard 60Hz. Seterusnya, ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Helio P95, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bater sebesar 4,310mAh yang menyokong pengecasan 30W VOOC Flash Charge 4.0.

Tetapan kamera pula terdiri dengan 48-Megapixel untuk sensor utama, 8-Megapixel untuk sensor sudut ultra-lebar, 2 -Megapixel untuk makro dan 2-Megapixel untuk tujuan mono. Kemudian, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari pada skrin, antaramuka ColorOS 11.1 berasaskan Android 11, berat sekitar 172g dan banyak lagi.

Sumber : Oppo Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd