Cari @ Amanz

Boost merupakan salah satu dompet digital yang popular di Malaysia. Terbaru, pihak Axiata telah mengumumkan penyata kewangan untuk suku terakhir, sekaligus turut berkongsi beberapa statistik menarik berkaitan Boost.

Boost kini mempunyai sekitar 9.1 juta pengguna, selain mana turut mempunyai 250,000 peniaga yang menggunakannya.

Boost eWallet

Beberapa perkara membawa kepada sumbangan peningkatan pengguna Boost, termasuk penawaran inisiatif seperti eBelia oleh kerajaan pada tahun ini.

Disamping itu, Axiata turut mengatakan Boost telah mengambil-alih pegangan sebanyak 68.75% pada syarikat Indonesia, PT Creative Mobile Adventure – sekaligus memperluaskan capaian pihak Boost untuk menawarkan perkhidmatan kepada PKS mikro di Indonesia.

Untuk bahagian perniagaan memfokuskan perniagaan, sebanyak 2639 peruncit telah menerima pinjaman, berjumlah sehingga RM177 juta.

Dengan perkembangan sihat ini, Boost dijangka akan terus menambah ciri-ciri kewangan baru dibawah mereka.

Sebelum ini juga, Boost telah umum kerjasama dengan RHB untuk membentuk konsortium membida lesen bank digital di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd