Cari @ Amanz

Sooka Hadir Dengan Promosi Langganan Separuh Harga Untuk Bulan Pertama

Oleh Aman

Link Copied!

Sooka merupakan perkhidmatan penstriman video daripada pihak Astro, yang turut hadir dengan akses kepada kandungan sukan.

Ia telah dilancarkan sebelum ini, dan menawarkan akses percuma secara terhad kepada beberapa kandungan.

Menariknya, kini sempena dengan Hari Malaysia, pihak Sooka turut menawarkan diskaun untuk langganan perkhidmatan penstriman mereka.

Untuk langganan VIP Entertainment yang menawarkan akses ke semua kandungan video dan drama tanpa iklan, ia ditawarkan pada harga RM7.90 sebulan.

Sementara untuk VIP + Sports yang turut menyertakan akses kepada kandungan sukan secara langsung, ia ditawarkan pada harga RM20.90 sebulan.

Untuk makluman, harga promosi ini hanya untuk sebulan sahaja, dan pengguna akan dikenakan caj biasa bermula bulan kedua – masing-masing RM15.90 dan RM41.90 sebulan.

(Sumber : Lowyat)


Komen ()