Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A21 Simple SCV49 ialah nama yang panjang untuk sebuah telefon pintar yang dihasilkan khusus mudah digunakan oleh warga emas. Peranti ini hanya dipasarkan di Jepun dan hadir dengan ciri seperti terdapat lubang untuk lanyard bagi mengelakkan ia hilang kerana terlupa, kalis air IP68 dan mempunyai dompet digital Osaifu-Keitai untuk pembelian nirtunai.

Dari segi spesifikasi Galaxy A21 Simple SCV49 dilengkapi skrin 5.8″ HD+ IPS LCD, dijana cip Exynos 7884B, memori 3GB RAM, storan 64GB dan bateri 3600 mAh sokongan pengecasan 10W sahaja. Kamera utama pula ialah sebesar 13MP dengan kamera hadapan pula sebesar 5MP.

Peranti tidak mempunyai sistem imbasan cap jari dan sekadar menyokong imbasan wajah. Masih terdapat bicu audio 3.5mm. Kerana ia direka untuk warga emas, antaramuka dengan ikon yang lebih besar dan dipermudah turut diberikan. Pintasan untuk menelefon insan yang penting boleh diakses terus dari muka hadapan dengan wajah terpapar dengan jelas. Di Jepun Samsung Galaxy A21 Simple SCV49 dijual pada harga JPY 22,000 (~RM838) sebuah.

Sumber Gizmochina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd