China kini dilihat telah mencapai angka pengguna internet melangkaui 1 bilion pengguna, pada penghujung Jun 2021 yang lepas.
Dari angka berkenaan, pengguna internet berusia lebih 50 tahun adalah meliputi sekitar 28%.

Peningkatan angka pengguna ini turut membawa kepada perkembangan pelbagai syarikat teknologi tempatan yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan secara atas-talian.
Malah disebabkan oleh pandemik, permintaan penggunaan internet turut meningkat untuk melakukan pelbagai pembelian barangan dan juga makanan.
Mengikut angka terakhir yang dikemaskini, China diperkatakan mempunyai sekitar 1.39 bilion penduduk – memperlihatkan terdapat sekitar 400 juta orang lagi yang belum mempunyai akses internet di negara berkenaan.