Apple Umum Program Baik-Pulih Untuk iPhone 12 Dan iPhone 12 Pro Dengan Masalah Tiada Bunyi

Diterbitkan pada Ogos 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini telah mengumumkan program baik-pulih untuk iPhone 12 dan iPhone 12 Pro yang mempunyai masalah tiada bunyi.

Menurut Apple, mereka mendapati sejumlah kecil peratusan peranti iPhone 12 dan iPhone 12 Pro mungkin menghadapi masalah melibatkan bunyi disebabkan oleh salah satu komponen padanya.

iPhone 12 5G

iPhone 12 da iPhone 12 Pro yang terjejas berkenaan telah dikeluarkan antara Oktober 2020 sehingga April 2021 lepas.

Sekiranya anda mempunyai iPhone 12 atau iPhone 12 Pro yang tidak mengeluarkan bunyi ketika anda menerima atau membuat panggilan, peranti anda mungkin terlibat dibawah khidmat baik-pulih ini.

Bagi anda yang mempunyai iPhone 12 atau iPhone 12 Pro dengan masalah ini, anda boleh ke pusat khidmat berdekatan, dan membuat proses semakan dan baik-pulih.

Masalah ini dilihat tidak melibatkan iPhone 12 Mini dan juga iPhone 12 Pro Max.

Baca : Notis Apple Berkaitan Program Baik-Pulih iPhone 12 Dan iPhone 12 Pro

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami