Cari @ Amanz

Video paling tular di media sosial pada waktu ini ialah cabaran peti susu (milk crate challenge) dimana orang ramai cuba mendaki tangga yang diperbuat daripada peti susu. Ia popular kerana lebih ramai yang gagal sehingga terjatuh seperti nangka busuk dari berjaya. Kerana ia adalah cabaran yang berbahaya, TikTok mula mengharamkan tagar cabaran ini dari platform mereka.

Jika carian tagar dilakukan, aplikasi akan memberikan notifikasi ‘frasa ini mungkin dikaitkan dengan tingkah laku atau kandungan yang melanggar garis panduan kami. Mempromosikan pengalaman yang selamat dan positif adalah keutamaan TikTok’. Hanya tagar diharamkan tetapi video masih boleh ditonton dan dimuat naik oleh pengguna. Malahan sudah wujud tagar alternatif yang digunakan untuk melangkau pengharaman tagar asal.

Tindakan mengharamkan tagar ini diambil bagi mengelakkan TikTok disaman oleh pengguna di Amerika Syarikat sekiranya berlaku kecederaan yang serius. Sebelum ini Snapchat berjaya disaman oleh ahli keluarga mangsa yang menggunakan penuras Miles Per Hour kerana didakwa menggalakkan pengguna menaikkan video memandu dengan laju.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd