Spesifikasi Minima Windows 11 Dikemaskini Oleh Microsoft

Diterbitkan pada Ogos 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mirosoft telah mengemaskini spesifikasi minima komputer yang boleh menjalankan sistem operasi Windows 11 yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. Selepas mendapatkan maklum balas dari pengguna Windows Insider, Microsoft memasukkan beberapa cip Intel yang sebelum ini tidak disenaraikan. Cip-cip tersebut adalah;

  • Intel Core X-series, Xeon W-series
  • Intel Core™ 7820HQ yang menyokong perisian pemacu baharu seperti Surface Studio 2

Penambahan adalah hanya untuk beberapa cip Intel generasi ke-tujuh tetapi tidak melibatkan sebarang cip yang dikeluarkan dari AMD. Microsoft turut akan mengemaskini perisian PC Health Check yang digunakan untuk memeriksa sama ada komputer boleh menjalankan Windows 11. Mereka turut mengatakan komputer yang tidak melepasi pemeriksaan PC Health Check, ia mempunyai kebaangkalian 52% mengalami masalah operasi manakala yang melepasi pemeriksaan pula mempunyai kebarangkalian 99.8% beroperasi tanpa masalah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami