Rekaan Apple Watch Series 7 telahpun tertiris beberapa bulan yang lalu dengan sisi dan skrin lebih rata seperti sebuah iPhone 12. Tali jam yang tertiris ke arena web baru-baru ini mengesahkan juga saiz tubuh lebih besar 41mm dan 45mm bakal ditawarkan. Peranti masih belum dilancarkan tetapi di China Apple Watch Series 7 versi klon telah mula dijual.

Ini didedahkan oleh ciapan @MajinBuOfficial yang dikongsi semalam. Ia menunjukkan peranti klon yang amat mirip dengan rekaan yang tertiris sebelum ini. Dapat dilihat sisi rata, skrin lebih besar dan butang kawalan fizikal pada kedudukan yang sama. Turut dapat dilihat ialah versi besi tahan karat dengan kemasan berkilat yang nampak lebih bergaya.
