Cari @ Amanz

Minggu ini Microsoft mengumumkan penamatan sokongan aplikasi Office pada sistem operasi Chrome OS bermula 18 September. Pengguna aplikasi sedia disarankan berpindah ke Office versi pelayar web menerusi laman Office.com dan Outlook.com. Selepas tarikh yang diberikan, aplikasi masih boleh digunakan tetapi sokongan kemas kini tidak lagi diberikan.

Pengumuman ini mengejutkan pengguna kerana perisian seperti Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan Outlook adalah yang kerap digunakan untuk bekerja dan melakukan tugasan kelas. Tetapi menurut Microsoft mengakses Office menerusi web lebih baik keran kesemua ciri baharu yang tiada pada aplikasi boleh diakses. Ia juga lebih dioptimasikan kerana direka untuk skrin besar dan bukan berasaskan aplikasi Android asal.

Sokongan untuk Chrome OS sahaja telah dihentikan tetapi sokongan pada Android masih diteruskan pada waktu ini. Bagi memudahkan perpindahan ke perisian berasaskan web, Microsoft menerbitkan laman membantu pengguna menerusi pautan ini.

Sumber Techcrunch

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd